Thursday, October 29, 2009

Smlm plak (28/10/09) was the 3rd appoinment ngn KK TUTA (klinik kesihatan tmn ungku tun aminah).. kitorg bangun seawal jam 6pagi coz plan nk gerak kol 7 (xnk tggu lama2 kat kk tuta tue..coz ramai sgt manusia...) kol 6.55pagi dh gerak dari umah..time tu dh cerah..smpai je kat siti dlm kol 7, dh ramai org beratur..my hubby parking dekat depan kk tu, pastu swoh aku gi bratur sorg2..die plak sambung tido dlm kete..huhu..

Dlm kol 7.30, nurse pn dtg bke pntu..tp,kitorg xble msk ag..tggu beberapa minit ag, nurse pn kuar ngn no. giliran..aku dpt no 25..pastu ble masuk..dh masuk, cari seat pastu kne call hubby aku yg trtido btol2 dlm kete..coz aku nk g toilet, nnt xde org plak nk jg seat..then, settle sume nurse pn wat announcement sape yg nk check urine..(ni rutin wajib ntok monthly appoinment..) dh siap, tggu plak no giliran dipanggil..

Time giliran aku, nurse tu check berat n tekanan darah..(another rutin wajib yg mesti dibuat..) berat aku drpd 49 last month menjadi 54..aku rasa cm pelik lak naik sket pny banyak dlm ms sbln..mebi sbb gne penimbang lain kot coz ms gi scan kt private tue, aku timbang br 51.5kg.. blood pressure ok je..pastu tgu turn nk check darah plak..check kandungan hemoglobin dlm darah (kalau xsalah)..ni pn salah satu lagi rutin tiap2 bulan..

Dh settle part wajib neh, kne naik atas plak (KK TUTA neh dua tingkat..maklum la bangunannya kat area rumah kedai..) nek atas dorg check tinggi rahim..kne baring pastu nurse tekan2 sket2 kat perut, pastu die ukur ngan pita pengukur (measuring tape)..dh siap die interview aku, pastu aku plak interview die..hehe..then, b4 balik, die bg lg vitamin2 (ada 4 jenis sumenye) kat aku..stok ntok sebulan lagi..means, dh 3 bulan aku dapat vitamin free neh..hehe..

Antara vitamin2 tu adalah :
  • Ferrous } take before eat
  • Acid Folic } take before eat
  • Vitamin C } take after eat
  • Vitamin B Complex } take after eat

Itu sahaja check-up aku ntok bulan neh..hope pasnie aku dpt rasa baby aku neh bergerak2/bermain2 di dalam neh..hehe..mebi die dh gerak cume aku yg xrs coz xtw cane rs..hehe..

Scan Private

Salam all readers..



Last 25/10/2009 saja2 kuar ngan hubby g jln2..ptg sket terpikir la plan nk gi Perdana Maternity Specialist coz igt nk scan our baby's condition kat situ..xramai org ms smpai tu..kalau xsalah, ada 2 family je kot..



Sampai2, kne daftar n nurse tu swoh amek urine..then kejap pastu nurse pn panggil masuk bilik doktor...doc tue pn intro mcm biasa la "sila duduk, ape khabar n dah bape bulan?" i told him (doc tu malay guy..aku ngn hubby masuk bilik doc tu skali)..aku pn bgtw la "dh 5 bln..." (mengikut perkiraan aku..) doc tu pn tanya lg.."dh rasa baby gerak2?" aku ckp ntah la coz mmg xtw pn cane rasanye..haha..cm klakar plak ble jwb gitu..



Dh tu doc swoh gi baring atas katil die nk scan..aku pn gi la..hubby pn ikut gak..nk tgk la cane doc tu scan..nmpk ape..dll...so, ni pic scan ari tu..



pic yg sebelah kanan tu nmpk imej baby jelas sket..yg sblh kiri tu xpasti plak imej ape..hehe..tapi imej baby gak la..

Doc ckp mebi kandungan baru 19 weeks, that's why xble rs ag moving die..or maybe baby kecik..
tp die ckp tggu la dlm seminggu lagi coz die ckp first baby mmg lambat sket kte ble rs moving die..tp slalu week 20 kite dh ble rs moving die..

Pastu doc offer tanya nk tw ke gender baby?my hubby ckp bleh gak..so, doc tu pn tgk2 ag..pastu die ckp "baby girl...tapi nanti confirm balik..." so, we both decide not too mengharap to any gender..just trima apa je rezeki yg ALLAH SWT kurniakan..coz DIA yg Maha Mengetahui segala yang terbaik ntok kite..=) pape pn, we both sgt2 happy pas scan nie..coz baru dpt tgk baby dgn jelas..(even just 2D n 3D scan je..hehe..)

Pape pn, doakan yg terbaik ntok kitorg..doakan semua selamat ye..amin...

Wednesday, October 21, 2009

.::Lagi Peristiwa Sejadah Berdiri::.


MURID-MURID dan penduduk kampung melihat kejadian sejadah berdiri di surau SK Tok Sangkut, Repek, Pasir Mas semalam.

PASIR MAS - Warga Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Sangkut, Repek dekat sini gempar apabila 35 helai sejadah yang berada di dalam surau sekolah berkenaan didapati berdiri.
Mereka mendakwa, bentuk sejadah itu kelihatan seolah-olah lelaki dan wanita sedang menunaikan sembahyang dan berada dalam keadaan duduk antara dua sujud.
Sejadah-sejadah tersebut juga seperti sedang berjemaah dengan sehelai daripadanya seolah-olah menjadi imam dan diikuti dengan 15 helai di ruang sembahyang lelaki dan 19 helai lagi di ruang sembahyang wanita.
Kejadian tersebut disedari kira-kira pukul 10.55 pagi oleh seorang pelajar tahun dua, Nurul Huda Mat Jali, 8, yang sedang mengikuti kelas pemulihan bersama beberapa pelajar lain di pondok berhampiran surau berkenaan.
"Saya secara tidak sengaja ternampak sejadah seperti sedang bersembahyang melalui celah pintu. Saya beritahu kawan dan dia memaklumkan kepada guru," katanya ketika ditemui semalam.
Sementara itu, guru terbabit, Adnan Abdullah, 37, berkata, dia terkejut apabila melihat sejadah-sejadah tersebut berada dalam keadaan berdiri dan seolah-olah menunaikan sembahyang secara berjemaah.
"Keadaan sejadah tersebut seperti berada dalam saf sembahyang, ada yang tinggi dan rendah seperti jemaah dewasa bersama jemaah kanak-kanak," ujarnya.

*Sama2 kita renung hikmah yg trdapat disebalik kejadian ini...*

p/s:mail dr hubby..dh tgk kt brita smlm..sj je nk post kat blog neh..b4 this dh tw 3/4 kes mcm ni dh...

Wednesday, August 26, 2009

.::Bubur Lambuk @ Kanji::.

Assalammualaikum w.b.t.

Ari ni rasa tringin nak makan bubur lambuk ni or org utara panggil kanji/bubur kanji..mana nak cari eh..esok ajak hubby g bazar la..nk cari kot2 kalau ada..tapi rasa cm nk yg mak masak..rindu masakan mak..huhu..skang neh xde selera nk mkn ape2 pn..nasi pn xde selera..skang ni asek mkn biskut,roti n buah je..dgn air..yg lain,mmg xde selera..sedih2..harap2 xlama la sume neh..kang,xmembesar plak baby aku..huwaaaaaaaaaa...

ni ada resipi bubur lambuk @ kanji from myresipi.com (bee_rbs nye resipi...)


Bahan-bahan (untuk 4-6 org)
4 genggam beras
1 batang serai-diketuk
1/2 inci halia-diketuk
1/2 sudu kecil lada hitam
10-15 ekor udang-saiz sederhana (my mom nye resipi xletak udang..)
4 cawan air
3 cawan santan cair
3 ulas bawang merah untuk menumis
Minyak masak untuk menumis
Garam secukup rasa
1/3 sudu kecil biji halba

Cara-cara
1. Rabus beras dengan 4 cawan air, halia, serai, biji halba dan lada hitam sehingga beras kembang (lebih kurang 20 minit dengan api sederhana)
2. Bila beras dah kembang, masukkan santan dan udang. Biar hingga mendidih. Masukkan garam. Imbangkan lemak dan masin. Tutup api.
3. Dalam kuali lain, tumis bawang hingga garing/kekuningan. Tuangkan minyak dan bawang ke dalam periuk bubur. Tutup periuk segera dalam 5 minit. Lepas tu kacau sebati.
4. Siap...

p/s : my mom nye resipi xde step 3 tu..step 1 n 2 je..hehe..kalau rajin buat la.. :>

.::Kebaikan Kurma Ketika Mengandung Dan Bersalin::.

Info from permatahati.wordpress.com

Sabda Rasulullah s.a.w., “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”

Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin

Adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi. Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s. Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w. Janganlah risau kerana takut diserang kencing manis, apa yang harus dibuat, hanyalah menjauhkan makanan manis2 yang lain.

Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.

Kurma juga ada banyak kelebihan, antaranya:

1. Kaya dengan zat besi — sangat sesuai dimakan, terutama bagi wanita sedang haid dan orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah).
2. Boleh dimakan pada bila-bila masa kerana ia tidak mengandungi kolesterol.
3. Kaya khasiat: Protein (1.8 hingga dua peratus), serat (dua hingga empat peratus), glukosa (50 hingga 57 peratus), Vitamin A dan C, sodium dan potassium.
4. Kandungan gulanya mudah diserap badan dan memberi tenaga segera apabila berbuka puasa. Berbuka dengan kurma membuatkan kita berasa cepat kenyang dan secara tidak langsung mengelakkan kita makan secara berlebihan.
5. Kandungan potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin (aprodisiak) dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim.
6. Kurma diberikan kepada bayi boleh mengurangkan kesakitan dan kadar degupan jantung.
7. Kurma juga boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam as yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa as.

1. KURMA

kurma

Abu Abdillah a.s. bersabda: “Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir”.

Abu Abdillah a.s. bersabda: “Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan”.

Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s. bersabda: “Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sehat”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)”.

2. KISMIS

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian”.

Imam Ali a.s. bersabda: “Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi”.

Imam Ali a.s. bersabda: “Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesehatan jiwa”.

Pada riwayat lain dari Abi Ja’far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyehatkan jiwa”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan (hempedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih”.

3. MADU

Dari Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: “Rasul saw sangat menyenangi madu”.

Dari Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: “Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat yaitu meminum dan membaca Al-Quran”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasehat Al-Qur’an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada”.

Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda: “Madu adalah ubat dari segala penyakit tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Allah SWt telah meletakan berkah di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi”.

Monday, August 24, 2009

.::My Hubby::.

Rules:
Here’s a chance to see how well you really know your husband/boyfriend/lover.
Cut, paste and fill in the answers, then shoot, you know what to do. The real challenge is to send it to your husband/boyfriend/lover to see how right you really are.

1. He’s sitting in front of the TV, what is on the screen?
News-Especially Sport News/Football Match

2. You’re out to eat; what kind of dressing does he get on his salad?
Xpenah makan salad+dressing=so xtahu la..

3. What’s one food he doesn’t like?
Yang tak cukup rasa+sifat+yg sewaktu dgnnya..

4. You go out to eat and have a drink. What does he order?
Kalau breakfast mesti nes tarik..yg lain random je..

5. Where did he go to high school?
Sek Men Keb Dato' Seth

6. What size shoes does he wear?
7 1/2 yg paling fixed..btol kn syg...hehe..

7. If he was to collect anything, what would it be?
Rasanya xde..coz die jenis yg xde fav ape2 pn..wakakaka..

8. What is his favorite type of sandwich?
die telan ape je..xde pilih2..he always said "yang penting ayang masak..." hehehe

9. What would this person eat every day if he could?
rasanya lontong kot...dolu2 asek2 lontong..asek2 lontong..macam xde makan len dh kat johor neh..hehe..

10. What is his favorite cereal?
die xde fav...makan je ape2 pn..

11. What would he never wear?
yg skema2 kot..kecuali terpaksa..

12. What is his favorite sports team?
rasanya xde..coz dh byk kali tanya..jawapannya tetap sama.."xde yg khusus"

13. Who did he vote for?
never been vote yet!!!

14. Who is his best friend?
ntah..macam xde yg khusus..die kawan je ngn sume..

15. What is something you do that he wishes you wouldn’t do?
duduk umah n men game je..hahaha..

16. What is his heritage?
melayu

17. What is his favourite colour?
xde..

18. What is his habit?
tido...todo...tido...tido...tido...zZzZz...

19. What is he proud of?
so far xde..flat nye life..huhu..

20. Lastly, do you think he will read this?
maybe yes..maybe not..but i'll ask him to read this later..hehe..n leave comment..

Friday, August 7, 2009

.::Menyambut Kelahiran Bayi & Cukur Jambul : Antara Hukum dan Adat::.

Salam to all...

Sorry coz lama sgt xde update..coz mmg xde mende sgt pn nk di'update'kan..just entry kali ni terpanggil ntok berkongsi ngan sume pasal cukur jambul...means majlis yg dibuat utk meraikan baby baru dlm family..memandangkan family ipar yang baru dapat anak ke3 23 july lepas nk wat majlis cukur jambul ntok anaknye itu..

So..jom sama2 baca n fahami artikel yg saya dapat dari http://ayuwanita.blogspot.com (thanks to the writer) p/s: saya hanya mengambil yang penting dari artikel itu saja ye..
  • Bayi yang baru lahir perlu dicukur habis kepalanya..bukan hanya menggunting hujung rambut sikit2 sahaja
  • Penerangan dari seorang ustazah dari Jabatan Agama pula, apabila seorang bayi baru lahir, dia diikut oleh seekor syaitan (penulis tidak ingat nama syaitan itu). Syaitan itu akan duduk di ubun-ubun (kepala) bayi dan setiap hari akan menghasut bayi itu agar tidak taat kepada ibu bapa dan Allah SWT dan pelbagai perkara yang tidak baik lagi (tujuan syaitan berada di muka bumi adalah untuk menyesatkan anak cucu Adam hingga hari kiamat)
  • Jadi, kita perlu mencukur habis rambut bayi kita supaya syaitan tersebut pergi. Semasa mencukur disertakan dengan membaca beberapa surah seperti : Surah Al-Fatihah, Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Qadr dan Surah Al-Insyirah
  • Bayi akan menangis dan cuba melarikan kepalanya dari dicukur. Ini juga dikatakan kerana si syaitan dikatakan tidak mahu berganjak dari kepala bayi. Oleh kerana itu disuruh membaca surah2 tersebut untuk membantu menenangkan bayi.
  • Kebaikan mencukur keseluruhan rambut di kepala bayi-rambut baru yang akan tumbuh nanti akan lebih cantik dan kuat berbanding rambut yang telah ada semasa lahir.
  • Cara menyambut kelahiran bayi mengikut Islam :
  1. Bayi yang baru lahir dan telah dipotong tali pusatnya hendaklah diazankan di telinga kanan dan di Iqamatkan di telinga kiri (tak kira jantina)
  2. Dibacakan surah Al-Qadr di telinga kanan.
  3. Dibacakan Surah Al-Ikhlas di telinga kiri.
  4. Di TAHNIK : Dibacakan Surah Al-Insyirah di jari manis yang telah dicecahkan pada manisan seperti madu lebah, kurma atau gula dan dimasukkan ke dalam mulut bayi dan ditekankan di lelangit bayi.
  5. Tujuan tahnik :
  • Supaya bayi mempuyai lidah yang fasih dan terkawal lidahnya dari menyebut perkara yang terlarang
  • Menjauhkan dari penularan penyakit yang keji
  • Pendengaran dan penglihatan yang cerah

Akhir kata dari penulis "Bayi saya, saat mula melakukan tahnik, mulutnya rapat tetapi bila jari manis mula masuk ke dalam mulutnya, dia suka dan nak lagi! Seronok melihat bayi sendiri. Semoga dapat manfaat melalui entry saya kali ini."

Friday, May 15, 2009

.::Jemputan Warga SKKT::.

Assalammualaikum wbt n morning to all friends..

Smlm aku baru je selesaikan jemputan kpd seluruh warga SKKT-pentadbiran,staf,guru2,pekerja,guard n staf kantin..satu skolah aku panggil..hua3..rata2 sume quite surprise with the "Utusan Raja Sehari"..sangat tidak menyangka yg tanpa angin ribut or anything..hanya angin sepoi2 bahasa yg bertiup hari2,undangan itu sampai sendiri ke tangan semua oleh myself sniri..so, bancian kasar yg aku ble wat terhadap soalan yg paling banyak ditanya adalah "bakal suami orang mana?"..then,respon plg byk ntok jwpn bg soalan itu adalah "jauhnya..." or dengan cara lain dorg cakap "joh oo" (bunyi ala2 johor-tapi di'kedah'kn menjadi "joh-orr" or "joh-oo") utk memberi maksud jauh...pandai dorg eh...hehe..then, komen seterusnya utk meneruskan kesinambungan soalan,jwpn n respon ntok satu perkara ini adalah "pasni pindah sana la eh?"..dan kebanyakan dorg pn mempunyai jawapan ntok soalan mereka sniri...sniri tanya,sniri jawab,sniri komen..ok,saya xkisah..hehe..by the way,thanks for all them for all their wish..just 1 thing aku nk share ngn sume yg membaca post n blog neh..ini adalah satu pengalaman yg aku xkn lupakan-sepanjang masa aku sengih ms tuh (lenguh rahang pipi aku tw..) *blushing* hak3..

Smlm gak aku dh gtw cikgu tuisyen yg aku last ajar smpai hjg bln neh..kesian gak coz he'll have to find another person to teach the student..cian bdk2 tue..tp xpe la..ni yg aku willing to let go to grab my future happiness, moving on to the new phase of my life with someone that I'm really love so much with all my heart..doakan sume berjalan lancar eh...thanks alls..

Ari Sabtu neh, 16 Mei 2009 adalah hari guru..sekolah aku sambut hari ahad ni (17 Mei) n kak Bibi mntk tlg aku amek gmbr jap coz at the earlier time,guru2 sume akan diarak ke dewan (act,kantin sbnrnye..sekolah itu tiada dewan..) so,aku yg bukan guru neh (tapi mcm guru gak..bebudak tu pn ramai yg paggil aku teacher disamping ada yg pggl kak..) kne tolong la kn..bila lg..bestnye..xsabar nk tggu hari ahad neh...hehe...*aku suka hari guru dari time skola dolu2 lg..(even xpenah pn bg cikgu2 adiah..wakakaka)

ermm...xtahu nk cakap ape dh..(ske wat cite gantung2 neh..dh abeh cite dh..tp xreti nk ending elok sket..huhu..) so,c ya in the next entry..take care all..wish me all the best..salam..

Friday, May 8, 2009

.::New Template, Widgets::.

Assalammualaikum w.b.t and good afternoon alls...

At last dapat gak add widgets2 ngan tukau template blogs ini dengan jayanya...(hak3..perasan aje..) so, ape pendapat u olls sume tentang new look blog ini n all those widgets??oke x?hehe...

So far I'm still working on the preparation of my wedding day...(28 days left...28-banyak ag tu..hua3..my fiancee should be mad if I say this...huhu..) wat door gift yg ada 3 jenis sumenye...satu dh fully completed..2nd half completed..3rd baru 2 completed..(sbb wat base2 dlu..) musti korg xpaham...xpe la..xpntg pn..hehe...

I'm also waiting my 2nd sister to come back home this evening...so, she'll help me with all this things...(thanks sis...) I'm the one who'll pick her at the airport this evening...mak pn dh bg task swoh g umah kwn die sbb nk bg curtain...kebetulan one way je nk g airport...so, pegi je la...

Kay la...nak wat mende len plak..t bebila rajin, I'll post my hand-made door gift plak...kalau korg berkenan, ble la order kat aku ntok wedding korg ke, ape ke...hahaha...

Till now...take care...adioss...salams.....