Friday, August 7, 2009

.::Menyambut Kelahiran Bayi & Cukur Jambul : Antara Hukum dan Adat::.

Salam to all...

Sorry coz lama sgt xde update..coz mmg xde mende sgt pn nk di'update'kan..just entry kali ni terpanggil ntok berkongsi ngan sume pasal cukur jambul...means majlis yg dibuat utk meraikan baby baru dlm family..memandangkan family ipar yang baru dapat anak ke3 23 july lepas nk wat majlis cukur jambul ntok anaknye itu..

So..jom sama2 baca n fahami artikel yg saya dapat dari http://ayuwanita.blogspot.com (thanks to the writer) p/s: saya hanya mengambil yang penting dari artikel itu saja ye..
  • Bayi yang baru lahir perlu dicukur habis kepalanya..bukan hanya menggunting hujung rambut sikit2 sahaja
  • Penerangan dari seorang ustazah dari Jabatan Agama pula, apabila seorang bayi baru lahir, dia diikut oleh seekor syaitan (penulis tidak ingat nama syaitan itu). Syaitan itu akan duduk di ubun-ubun (kepala) bayi dan setiap hari akan menghasut bayi itu agar tidak taat kepada ibu bapa dan Allah SWT dan pelbagai perkara yang tidak baik lagi (tujuan syaitan berada di muka bumi adalah untuk menyesatkan anak cucu Adam hingga hari kiamat)
  • Jadi, kita perlu mencukur habis rambut bayi kita supaya syaitan tersebut pergi. Semasa mencukur disertakan dengan membaca beberapa surah seperti : Surah Al-Fatihah, Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Qadr dan Surah Al-Insyirah
  • Bayi akan menangis dan cuba melarikan kepalanya dari dicukur. Ini juga dikatakan kerana si syaitan dikatakan tidak mahu berganjak dari kepala bayi. Oleh kerana itu disuruh membaca surah2 tersebut untuk membantu menenangkan bayi.
  • Kebaikan mencukur keseluruhan rambut di kepala bayi-rambut baru yang akan tumbuh nanti akan lebih cantik dan kuat berbanding rambut yang telah ada semasa lahir.
  • Cara menyambut kelahiran bayi mengikut Islam :
  1. Bayi yang baru lahir dan telah dipotong tali pusatnya hendaklah diazankan di telinga kanan dan di Iqamatkan di telinga kiri (tak kira jantina)
  2. Dibacakan surah Al-Qadr di telinga kanan.
  3. Dibacakan Surah Al-Ikhlas di telinga kiri.
  4. Di TAHNIK : Dibacakan Surah Al-Insyirah di jari manis yang telah dicecahkan pada manisan seperti madu lebah, kurma atau gula dan dimasukkan ke dalam mulut bayi dan ditekankan di lelangit bayi.
  5. Tujuan tahnik :
  • Supaya bayi mempuyai lidah yang fasih dan terkawal lidahnya dari menyebut perkara yang terlarang
  • Menjauhkan dari penularan penyakit yang keji
  • Pendengaran dan penglihatan yang cerah

Akhir kata dari penulis "Bayi saya, saat mula melakukan tahnik, mulutnya rapat tetapi bila jari manis mula masuk ke dalam mulutnya, dia suka dan nak lagi! Seronok melihat bayi sendiri. Semoga dapat manfaat melalui entry saya kali ini."

0 comments:

Post a Comment